Sejarah Pusat Sumber



Bangunan Pusat Sumber SK.Sugud kini jauh lebih baik berbanding beberapa tahun yang lalu.Hasil daripada kekuatan,keazaman dan keprihatinan Tuan Guru Besar,En Abdul Hajis Hj.Saipuddin,maka sebuah rumah guru (papan) telah ditukar rupa dari segi fizikal luar dan dalam menjadi sebuah Pusat Sumber yang begitu selesa digunakan oleh pelajar.

Dengan kelulusan PPD Penampang,pihak sekolah telah memulakan langkah dengan menukar keadaan fizikal rumah guru yang serba kekurangan menjadi sebuah pusat sumber yang dilengkapi dengan 2 buah bilik pejabat bersaiz mini, bilik alat pandang dengar, sebuah ruangan perpustakaan buku, mini pentas dan sebuah tandas pada Disember 2005 dan siap sepenuhnya pada Januari 2006. Beliau sendiri yang memindahkan bahan dan peralatan pusat sumber dari bangunan lama ke bangunan baru.

Pada tahun 2007, Anjung I PSS telah dibina bagi menampung bilangan murid yang ramai pada sesuatu masa. Pada 2008, Anjung II ,laluan dan anjung berbumbung telah ditambah. Pada tahun ini, dengan adanya bantuan daripada para pelajar UMS membantu dalam proses menceriakan pusat sumber sekolah yang kini begitu harmoni dan selesa untuk digunakan. Dengan kerjasama daripada semua guru dan kakitangan sekolah, diharapkan keceriaan PSS akan dilaksanakan peringkat demi peringkat.



 Keadaan Pusat Sumber SK. Sugud tahun 2006


Keadaan Pusat Sumber SK. Sugud tahun 2007


Keadaan Pusat Sumber SK. Sugud tahun 2008


Keadaan Pusat Sumber SK. Sugud tahun 2009



No comments:

Post a Comment